|
NIEW anjur pameran foto isu wanita |
| KUALA LUMPUR 9 Oct. - Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota NAM (NIEW) akan menganjurkan Pameran Antarabangsa NIEW (NIEX09) selama tiga hari bermula 23 Oktober ini bertempat di Pusat Pameran Mid Valley di sini. Pengarah NIEW, Datuk Rafiah Salim berkata, pameran yang bertemakan Women of NAM: A Thousand Faces bertujuan memberi maklumat mengenai isu-isu wanita dalam bentuk foto kepada masyarakat. "NIEW berharap pameran ini dapat menyedarkan orang ramai tentang usaha pengupayaan wanita di seluruh dunia khususnya di negara-negara NAM," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya golongan wanita dapat hadir untuk menyaksikan pameran tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam NIEW, Che Wan Qatrunnada Che Wan Alias di talian 03-26143012 /019-3270072 atau e-mel di qatrunnad@niew.gov.my. Source : Utusan Malaysia, Saturday 10 October 2009 |
|
|